Tatkala aku lihat rakan2 sekelas berkumpul seperti melihat sesuatu yang menarik di skin laptop...
Cik Mek Molek : Shazni!! jangan datang sini!! Jangan tengok!
Aku : kenapakah? ada gambar yang mengerikankah? (walhal bukankah apabila dia berkata2 begitu, makinlah perasaan ingin melihat itu makin tercetus? "-_-)
Cik Mek Molek : Kita orang tengok cerita korea, ada seksi2..kau tak boleh tengok, dosa..
Aku : Wah, aku tak boleh tengok, kau orang boleh pula? Siapa yang bagi hukum? Semua tak boleh tengokla..
Cik Mek Molek :hehehe..kau tu pakai kopiah, tak boleh tengok..
Aku : Habis tu, kalau aku tanggal kopiah ni, kira boleh tengok la?? tersenyum lalu berlalu pergi..
Cik Mek Molek :...hehee.. ( lalu berhenti bertanya..)
Aku : ( Terima kasih untuk menyelamatkan aku Cik Mek Molek..) tetapi aku sedih dengan salah faham ini, semua orang melakukan kesilapan.tapi Cik Mek Molek, kau betul. 1 markah untuk kau kerana masih menjalankan tanggungjawab.amr bil ma'ruf dan nahi munkar..
...