3.24.2015

Sajak Kabur: Darah manis

Darah manis
Aku sedang menerawang
dihembus asmara menggoncang
Aku sedar sedang gila bayang
dilambung sayang menjiwang
dan rasa jiwa yang menerjang
sedar-sedar sedang separuh terbang
dengan sayap cinta mengerbang
yang tumbuhnya; rasanya
baru semalam petang

sedar dari tidur pagi
mulut dihurung penuh semut
rasa-rasa kerana manis mulut
tiba-tiba kata berbait sebut

*darah manis

24 Mac 2015

Sajak Kabur: Sakitnya tu di sini

Sakitnya tu di sini
Kawan
Aku kirim Maaf ampunan
Sekadar mahu nyatakan
Sakitnya dikecewakan,
Bukan seteru lawanan
Sakitnya mengecewakan
Kerana nyata;
Terasa Dikecewakan itu sedih
Terpaksa mengecewakan itu pedih
Terkecewa itu bisanya makan dalam
Mengecewa itu bayangnya tak berbalam


Lalu kawan sudah bersuluh nyata
Harusnya aku lebih pedih terluka
Terkecewa dan mengecewa
Telah berkali aku alami kedua-dua

Sakitnya tu disini

24 mac 2015