4.22.2013

Sajak Kabur : Keris laga pedang


Bercakap cekap,
sembur ikut sedap,
berbuat cemerkap,
pantas lekap tangan dekat dada,mulut mengucap.

keris laga pedang,
acu senapang, peluru kosong,
kadang menyombong, kadang melopong
pergi tempat orang, keris kilas kedalam
berpatah arang, 
berhenti cakap baik diam.

ku bukan Badang,
Bukan Abang Gedang,
acah asah belakang parang,
silap batu asah tumpul.
tersirat, tersurat semua masuk sampul
hati -hati masuk kolam hati,
baik biar tenggelam,
yang jahat biar hanyut timbul

Keris laga pedang, bukan lawan siapa menang,
kalah jadi abu, kalau menang jadi arang,

Mata terpejam otak fikir siapa mahu.
Mulut terdiam hati zikir siapa tahu?
senyap membisu kucipta lagu,
biar terlepas semua yang terbuku.
...
Pedang masuk sarung
keris lepas genggam
buang sifat sombong
tepis sikap dendam

ayuh dada lapang,
mari kita pulang
Azan dah berkumandang!
...