Kedai mamak sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia. lagi - lagi sebagai kawasan kegemaran untuk tonton perlawanan bolasepak waktu musim bola.Macam -macam spekulasi dan definisi hadir dari premis ajaib ini. walaupun pelbagai tohmahan & cerita muncul, restoran ini tegap berdiri lagi- lagi di kawasan Shah Alam, tempat aku bermastautin ni.(walhal kedai makan lain banyak bungkus, kesan sewa kedai yang makin meningkat ) Bagi kami, pelajar jurusan senibina pula, kedai ni antara kedai pilihan sebab inilah kedai makan yang utama buka 24 jam..biasalah, budak -budak architecture ni buat kerja sampai jauh malam kadangkala pukul 1-3 AM barulah pulang dari studio / fakulti..perut pula minta diisi.sejujurnya aku bukanlah penggemar masakan mamak/ pelanggan setia, cuma kadangkala tiada pilihan.
...
ps: aku cuma boleh hadam air, roti canai, roti nan & maggi goreng sahaja di kedai mamak ni..lain aku tak boleh.....................................................................................................................................................................
Kisah 1:
Perihal roti nan dan semuuua ada!
Aku : Mamak, order!
Mamak: Ya.. ( sambil goyang2 kepala)
Aku : Apa ada?
Mamak : semuuua ada.
Aku : Roti nan cheese 1!
Mamak : Roti nan habis..
Aku: ???...
...................................................................................................................................................................
Kisah 2:
Perihal kari.
Zain: Bai! kuah ni tukar dal, tak mau kari.
Mamak: ok siap! ( kembali sejurus selepas itu, membawa semangkuk kuah..)
Zain : Bai, ni kuah elok ke tak? kuah bila ni?
Mamak: Elok lah! kuah semalam juga!
Aku : Lah, bagi lah kuah hari ni, tak mau kuah semalam..
Mamak: Kalau mau kuah hari ni datang esok juga lah!
Aku & Zain : ???
...................................................................................................................................................................
Kisah 3:
Tepung naik harga!
Aku : Mamak, kira!
Mamak : Ok! (Sambil goyang2 kepala) RM5.40..
Din: Ai? biasa makan roti kosong 2, air biasa 2, RM 5.00 je..bila naik harga?
Mamak : Itu tepung sudah naik hargalah..satu kilo sudah naik 20sen..roti naik hargalah!
Aku : Hai? sekilo tepung dapat berapa keping roti canai?
Mamak: Iyalah..naik harga juga..
Aku: ( Manakah rasionalnya!!!)
...................................................................................................................................................................
Kekurangan kedai mamak yang aku rasa harus diperbaiki:
- Kebersihan. ( sedia maklum, tak perlu diterangkan lagi..)
- Harga ( kadang2 mahal gila!) tapi memandangkan kedai dia je yang bukak 24 jam, aku akur.. ( service charge kot, kerja overtime..)
Kelebihan kedai Mamak dari sudut fasiliti & semangat kerja:
- Biasanya kedai mamak buka 24 jam, dan pekerja dia sentiasa ready (jarang aku nampak pekerja restoran mamak duduk )
- Semua ada. sangat optimistik dan berfikiran positif (Walaupun hakikatnya makanan tu takada)
- biasanya ada kemudahan WiFi; sekecil manapun kedai itu
- Semua pekerja pakai kopiah (walhal kadangkala bukan semua islam pun..)
Antara apa yang aku respek kat kedai ini berbanding kedai melayu:
- Sentiasa ada ayat -ayat quran tergantung di restoran mereka, walaupun sekadar hiasan, ini lebih baik bagi aku, mereka percaya dengan keberkatan ayat Quran, berbanding sesetengah kedai melayu amalkan amalan syirik&khurafat,letak tangkal dan azimat rajah -rajah, untuk tarik rezeki, pelaris katanya.. :p
- Selalunya kedai mamak disertakan dengan surau, memudahkan pekerja & pelanggan untuk tunaikan solat.( soal solat terlaksana / tak aku tak tahu, tapi tempat telah disediakan..)
- Di kaunter kedai mamak selalunya ada tabung derma madrasah, tahfiz/ rumah anak -anak yatim.aku rasa sebab ni lah kot kedai mereka murah rezeki.berkat.
tapi aku cukup risau kalau pergi kedai mamak yang tak pamer tanda harga kat menu..
sekali bayar,kopak!
sekali bayar,kopak!
...
Hey! Hey!
:D
Hey! Hey!
:D
No comments:
Post a Comment