9.29.2013

Sajak Kabur : Nenekku Sayang


Sekujur tubuh tua
dengan senyum tawa mulia
dari bibir yang tak pernah lekang
dari zikir yang sering berulang
penuh kata azimat semangat 
buat pengubat 
cucu bujang nan seorang

Acap terucap kata nasihat
penuh hikmat dan rahmat
pesanan agar haluan kehidupan
tak tersalahkan

Aku sebagai cucu
merindu dendang leter itu
yang datang kian menerpa
bila bayang lupa alpa menyapa

lalu mengubat rindu,
nenek aku pulang
bertemumu yang kusayang
nenek aku datang
hibur aku dengan tawa riang

nenekku sayang
terima kasih, atas segala letih
atas segala kasih
atas segala jerih perih
melayan cucu bertuah
ini, yang penuh kerenah

9.26.2013

ARTIST PORTFOLIO

[ ABOUT NERDLESS ]

Assalam'alaikum!
Hey There!
I Love to explore and try any kind of arts & crafts.

Wanna try & explore all type of visual arts & crafts. Obviously a craft lover!
CRAFT:
EVA Foam Craft
Felt craft
Flannel craft
Glass craft
Tote bags

Custom pillow
Photobooth Props
ARTS:
Drawing
Sketches
Illustration
Painting
Calligraphy

Doodle
Mural Painting
BACKGROUND: 
Landscape Architecture 
Design
Arts

Events:
Pipit Wonderful Market 08, Annexe Gallery, Central Market
Sifoo.com Doodle Day, The Canvas 2013
Doodle Jampionship, KaedFest '13, UIA  2013
Tha' Doodict Colission 2,3,5 2014
Depavali Kalayam Doodle Demo, Whitebox, Publika 2014
Art For Grab Doodle Demo, Art in the Park Taman Tasik Perdana 2014


Exhibitions:
Pameran pensel warna 2013, Galeri Shah Alam
Bridge to Sri Lanka Exhibition 2014, Red Bungalow
Doodle Malaysia Exhibition 2015, Caterpillar Studio


Booth sale :
25th Landscape Architecture Alumni Dinner
Environmental Day 2011, FSPU, UiTM 
Environmental Day 2012, FSPU, UiTM 
Cubica Fiesta, ALAM LIMA 2012 

Karnival Mini Keusahawanan FSPU 2012
Rabu Market, FSPU, UiTM 2012
CNM Merdeka Showcase, Multimedia College

Bamboo Design Day, FRSB, UPM
Doodle For Unity, Muzium Seni Asia, UM
KaedFest '13, UIA
Pasar Boco #9, JKKN, Kuala Lumpur
Artist against Abuse, KDU University College
Karnival Mesra Rakyat: Go Green, Pantai Batu Laut 2013
Lorong Seni Putrajaya; Fabulous Fashionista, Presint 4, Putrajaya
Pasar Boco #10, JKKN, Kuala Lumpur
Rantaiart Festival, Red Bungalow, 2014
Handmade & Craft Carnival, Pekan Meru 2014
Malaysia International Book Fair, PWTC, 2014
Festival Belia Putrajaya, Putrajaya, 2014

Pasar Boco #11, JKKN, Kuala Lumpur

Muzium Telekom Open Day, Muzium Telekom
CNM Mini Showcase, Multimedia College 2014

Pasar Boco #12, JKKN, Kuala Lumpur
Lorong Seni Putrajaya; Raya fest, Presint 4, Putrajaya

Kuala Lumpur Writers and Readers Festival , Dataran Underground, 2014
Eksotikata2, Rumah Pena, Kuala Lumpur
2014
Pekan Kartun, PORT Amanjaya, Ipoh ,Perak 2014 
Pesta Buku Jualan Akhir Tahun MABOPA, Kuala Lumpur Convention Centre, 2014

Competition:
2nd prize Lukisan Spontan Karnival MICCOS, MAEPS Serdang 2013
1st prize Doodle Battle Pasar Boco 11, JKKN 2014
Consolation Prize Tropicana life Online comic competition 2014
Consolation Prize 3D Art Installation LS7, Shah Alam, 2014
1st prize Mini Doodle Collisions, CNM MiniShowcase, Multimedia college 2014

You may reach me:
email :nerdlessart@gmail.com
Phone: 0122736812


Sajak Kabur : Senyum & Ketawa


senyumlah
ketawalah
biar terlepas segala balah
biar terbalas semua yang kalah

senyumlah
ketawalah
agar berubah segala resah
agar lesu yang dulu kebah
agar bangkit semangat yang rebah

senyumlah
ketawalah
Bukti yang kau takkan mengalah.

Senyum & Ketawa,
26 september

Sajak Kabur : Studio Life


Cawan Kosong itu
berlekit lagi.
sisa bekas caffine
malam tadi

Alhamdulillah, rasa sedikit lapang
Submission date bakal menjelang,
diperpanjang

pemandangan kanan 
aku lihat penuh tekanan

terpana, kaki kusam terjulur
bawah meja.
kepala penuh kelemumur,
tangguh mandi hari ketiga

Mata lebam & tudung kusam
gadis manis itu, nampak sadis
berapa hari entah
tiada mandi sudah

Sisi kiri,
tubuh kurus lidi
masih menemani
masih lekat depan PC
usai malam tadi
...
Dan malam yang muram, muncul lagi
dan cawan caffine itu minta diisi
merangsang sang adrenaline
pelincir sendi,
untuk belikat ini berdiri
sehari lagi.

Ah,
entah?
billa akan bersudah.

Apakah
ku masih gagah?
atau harus menyerah kalah?


Studio life
1/5/2013

9.25.2013

Sajak Kabur : Pengecas hati


Kau buat aku tersenyum
kau buat mekar dalam hati menguntum

Kau suluh terang bagi mata tika kabur
kau jadi nafas tika ku lemas dalam lumpur..

kau tukar putih dari hitam
kau tukar jernih dari kelam

Kau buat nadiku kembali berdenyut
kau penyelamat tika diriku hanyut

kau bikin luka lama 
sembuh segera

Kau tuhan segala
Maha Kuasa 
Maha Esa

EnviroSticker : Sustainable series

Sustainable Series
-Naema chan & Mr. Nerdless
Check out more cute sticker @ Nerdless art
:D



EnviroSticker : Hello~

Hello!
Check out more cute sticker @ Nerdless art
:D

EnviroSticker : Save eco wildlife

Save eco wildlife series
                                           Check out more cute sticker @ Nerdless art
:D

9.21.2013

Event : Doodle for Unity, Universiti Malaya

Assalam'alaikum!
Hey!
I joined Lala crew to set up craft booth
Doodle for Unity event @ Muzium Seni Asia,Universiti Malaya

Whats up?
Our LAla Crew Booth!
Lil' customers :D

Check out more picture @ Nerdless art
:D

People I Met : Aku Napie & Tuyuk

Hey!Hey!
Assalam'alaikum..
I met this guys @ Muzium Seni Asia. Universiti Malaya
during Doodle for Unity event
21 September 2013.
Aku Napie & Tuyuk
They are so called among Indie comic artist that I adore.
I get to know them from facebook quite a long time before I met them live!! 
It such an honor to met & get along with old timers.
This inspired me a lot!
:D
Thanks Aku Napie & Tuyuk
for visiting my little booth..
nice to meet you!
Rock!



9.19.2013

EnviroSticker : Go Green series

Go Green Series
Check out more cute sticker @ Nerdless art
:D

Sajak Kabur :Dalam balam kelam malam



Malam indah nian
ditemani rembulan

cahaya gemerlapan
termenung ku bersorangan

bintang bekerdipan
unggas rima sorakan
zikir pada yang esa
puji segala raya

Tiadalah tersiakan
semesta ciptaanNya
membongkar segala rahsia
agungnya Zat pencipta

Indah ciptaan tuhan
jadi contoh pedoman
Mari fikir -fikirkan
hai golongan berpemikiran (Ulul Albab)


Hebatnya Agung Engkau
tiada akal terjangkau
zikir meluntur risau
tenang jiwa yang kacau


aku merintih rindu

puji besarkan Mu
lalu tercipta lagu
lagu memuja Mu


*Rabbana ma khalakta haza batilan subhanaka fakina 'azabannar..
Malam 13/9/2013
Masjid Putra, UPM




9.18.2013

Sajak Kabur :"Tak faham"


Tersudut aku

disitu
terpaku kaku
bisu tanpa lagu

Bersandar dagu
melangu -langu
duduk ku ragu -ragu
sambil garu -garu
...
Terlalu dalam
tak dapat hadam
langsung tak faham...

Tak faham,
18 september 2013.

9.09.2013

Risau si nenek



Semalam petang
nenek menyapaku
hai, lah kau bujang
apa lagi kau tunggu

belajar tinggi -tinggi
tapi tiap bulan tak bergaji
lulusan dari menara gading,
tapi dengan keluarga masih menyendeng

senyumku dengan gurauan nenekku
lalu dengan alasan palsu, aku mengaku
nenek, saya berniaga, lewat alam maya
tak perlu pejabat, tak perlu menjawat,
mudah kerja dirumah,tidak usah susah

memang nenek, pada zahirnya,
kelihatan seperti penganggur sepenuh masa.

sebenar kenyataannya 
niaga itu kecil -kecil sahaja
impian itu entah ke mana..
tapi nenek,beri aku masa..
bukan aku malas bekerja

cuma..
setakat ini biarlah dulu aku cuba, 
apa perkara yang aku suka.. 


Risau si nenek, isnin, 
9 september 2013

9.06.2013

Sajak Kabur : Pipi nan mengembang.



Ayu gadis manis
molek lentik alis
lawa bertudung litup
Aurat sopan tertutup

Hey, renung dari sisi
Cuma Nampak pipi
Bila senyum sikit
Nampak lesung pipit

gaya lemah lembut
senyumku bersambut
kata manis tersusun
penuh sopan santun

wajah putih nan melepak
bikin hati detak

...
pfft..
lalalala~

9.03.2013

Sajak Kabur: Tilam 5 Inci


Tilam 5 inci
waktu pagi
memang selesa
penuh misteri menggoda

gerimis tipis berdendang,
mengarang hawa gigil 
tampil 
seakan merestui
ku sambung tidur dengkur kembali
usai solat subuh tadi

rebah tubuh
tangan,lengan bagaikan lumpuh
ampuh tumbang bersama guruh
vetebrata jadi rata
lalu mata layu
minta berlabuh

selimut lembut menyambut
seakan memberi galakan:
"tidurlah kawan..."
hingga lenyap niat nian
"esok aku ingin bangkit berwawasan!"
segala seakan terlupakan

tapi akal itu
gemersik membisik
"Tak baik tuan,
tidurmu ini melepas keberkatan.."

Ah, sekejap sudah lenyap
lena dibuai mimpi
dan tetap nanti hari ini menyesali
bangun - bangun sudah tengahari
lalu yang bersalah tetap Tilam 5 inci
lalu nafsu membujuk hati,
"Tak apa esok cuba lagi." 

Sudahlah tilam 5 inci
sampai bila harus begini?
janji pada diri
hari ini waktu pagi takkan tersia lagi
tegakkan vetebrata
tegalkan skapula
bukakan mata
mulakan kerja!

....

Tilam 5 inci,atas katil,4 September 2013