11.12.2012

Sajak Kabur : [ Cubaan Ke 2 ] Ceritera cinta


Hai! sudah cukup lama ku lukis nama
ku tertarik kerana agama
sejak pandangan pertama
cuma memerhati sekian lama

kini tiba masa,
membuka fasa utama
menyusun frasa kian lama
harap niat untuk bersama dan kasih diterima
mana tahu mungkin rasa kita sama!

Ah! gejolak jiwa dalam dada
kalam pendam, sudah tersalam
warkah khas ringkas ikhlas
terlepas lafaz, lewat alam maya
jujur nyata, tiada bohong kata.

sudah cukup lama 
memendam rasa
apa dalam dada sudah terkata

walau begitu malu,
kata kutuju seolah melulu
terpaku
tiada segan silu,
lepas segala apa dalam kalbu,
benar tiada ragu

...

oh, aku keliru buntu
menunggu jawapan (darimu)
makan sebulan ( menyepi )

kasih bertepi, berbelah bahagi,
jawab ada tetapi

Hey, sudah tertakdir,
kasih berakhir
bila lafaz terzahir
kata terakhir
"Moga kau bahgia bersama siapa yang ditulisnya" 

Selepas ku lepas lafaz,
terhafaz, aku melepas
Ah, Si Cahaya Mudah,
akhir madah
salam kutadah,
mudah-mudahan,
ku dapat gantian

walau hati ku pecah,
jiwa ku tak patah
belajar ku pasrah,
tak perlu melatah

tinggalkan tangis,
kerna telah tertulis
dia si suci mulus,
maktub dalam kitab kudus

kerna dalam batin
perlu kau yakin
kadang terkarang yang terbaik,
sebenarnya memang terbalik

kadang memang yang pedih sedih
itulah membersih, hati putih
kita pun tidak ketahuan
apa juga rancangannya Tuhan

...

Hai, kupujuk hati
tak perlu sangsi
kerna jodoh untukmu diri
tertulis sejak azali..


*Hei Si Cahaya Mudah..tangan ku tadah, doa ku kirimkan, moga kau ketemu pilihannya tuhan