1.31.2014

Sajak Kabur: Kononnya



Kononnya:

Kononnya mahu ke syurga
jalan dipilih tuju neraka

Kononnya mahu ke syurga
tapi derhaka pada ibu bapa

Kononnya mahu ke syurga
tapi pakaian mencolok mata

Kononnya mahu ke syurga
pada pasangan pula tak setia

Kononnya mahu ke syurga
pada jiran tak bertegur sapa

Kononya..

Kononnya mahu ke syurga
amanah diterima dikhianati pula

Kononnya mahu ke syurga
di majlis ilmu tidak pernah bersua

Kononnya mahu ke syurga
rasuah haram diterima jua

Kononnya mahu ke syurga
solat wajib tak pernah sempurna

Kononnya mahu ke syurga
kepada Allah tak endah berdoa

Kononnya mahu ke syurga
seumur hidup tak pernah menderma

Kononnya mahu ke syurga
walhal jalan dipilih tuju ke neraka...

Zarzaie Dayat, 2014..
*reading my father's poem

1.22.2014

Sajak Kabur: Dialog goblok



Dialog kamu
dalam travelog monolog 
aku, galak tertolak

selok belok
qadar qada'
bersimpang -siur
berluk-luk, berleku-lekuk
berkusik -kusau
dalam kacau racau
mimpi igau ngigau
gelak bahak kau
menyeringai menyeriau

kelam kabut
kusut serabut
berpintal sebut
dalam keras lembut

kita berbeza karung
berbeda kelubung
tak sama kantung
perlu sedar diuntung

Bahasa orang dulu
timbul untung sabut
tenggelam untung batu
rezeki tidak perlu rebut ribut

jangan kau lupa
satu gandar roda
menanti titi masa
kadang di puncak pundak
karang di henyak pijak 
perlu syukur bukan berlagak
harus akur bukan riya'

dalam sayut sayup
kering sampai kuyup
bila sampai kudrat rabb mu kau susup
lekas pantas dada rasa gugup
lalu deras mulutmu ku tutup
dengan bisik lafaz kukup
yang menyusup:
goblok!

dialog goblok, 
22 jan 2014