5.26.2014

Sajak Kabur : Pilihan Kehidupan



Pilihan kehidupan

Dalam kehidupan yang pedih,
Kadang perlu saja kau pilih
Antara hitam atau putih

Antara kelam dengan jernih.

Boleh sahaja; ini mudah.

Tapi bila lebih dari satu
Kau kan mudah keliru.
Bila pilihan berbaur kelabu

Mohon jalan dari tuhanmu.


Boleh sahaja; ini payah.

2652014- 26 rejab

5.19.2014

Sajak Kabur :Bertahanlah kerana kau bertuhan

Bertahanlah Kerana kau bertuhan

Dalam hati ada taman bunga
Dalam hati ada iman tak sempurna
Kerana diri mengaku bertuhan
Tetapi masih mengagaung ciptaan

Bila rasa cinta mendua
Bukti kita masih tak setia
jika masih ada syirik dalam hati
Maka bukti ia hampir mati

Maka tuan jangan kau dahulukan
Cinta perempuan dari cinta tuhan
Kerna cinta perempuan itu tak abadi
Sedang cinta tuhan itu hakiki

Tapi dirimu sebagai makhluk
Tak terlepas dari sifat takluk
Maka mohon ampunan dan kekuatan
Bertahanlah kerana kita bertuhan

*yes, indeed..easy said then done bro!

5.13.2014

Sajak Kabur : Si Bisu



Si Bisu

sunyi senyap
tanpa bunyi, 
tanpa derap

lenyap tanpa ucap  
lesap tanpa cakap

melungu bisu
 talu tanpa lagu  
gema tanpa suara.

 . ..krikk..krikk..krikk..


13 May

5.11.2014

Sajak Kabur : CINTA



C
uma ada rasa suka

Igau risau dalam angan
Nah kau penangan
Tak ketahuan keruan perasaan
Ah.entah mengapa resah ini indah?

11 May 2014

Sajak Kabur : MARAH & SABAR



Maka mara segala bara
Api gila marak menyala
Rasa salah segala Raya
Apabila rasa bertukar rupa
Hanya letus tanpa periksa!

Senyap dan pendam
Angguk dan berdiam
Biar semua diperam
Agar semua terpadam
Rasa itu pasti terbalam

Marah & Sabar.

Sajak Kabur : PENAT



Puas sudah menyua
Entiti sama kesekian masa
Nilai yang datang cuma hampa
Aku sudah, akur menyerah
Tenat dalam keluh lelah
-PENAT-

11 May 2014

5.03.2014

Sajak Kabur : Aku


Aku.

Aku.aku.aku.
Akulah ini..
Akulah itu.
Sendawa berbangga
Ketawa menganga
Kembang mendada

Berkokok & mengepak
Berlagu dalam riyak
Terlupa bawa rentak
Lalu lirik hamba terabak.

Galak menolak
Perasan dirimu merak
Walhal kau cuma gagak.

Kau sepi sendiri
Fana' dalam lagumu
Aku.aku.aku..

Aku.3 Mei 2014; Dalam tren.




"Musuh besar bagi seekor merak adalah bulunya sendiri" -Jalaluddin Rumi