10.15.2013

Sajak Kabur : Aidiladha

ruminan herbivor itu
menunduk akur layu

tanda faham, ajalnya kan tiba
lewat pagi esok.

rambo berkilau belati 

dipertajam lagi
saban tugasan tahunan
diasah darah merah

memperingat kisah 
si Ismail yang berserah
jadi lagenda indah
pengajaran buat ummah.

salam Aidiladha, dunia

10.08.2013

Sajak Kabur : Angan diri


Hari ini
aku masih di sini
lagi
sunyi sendiri
berdiri pada tapak paksi
kelam muram semalam

capaian,piawaian, gapaian orang 
penuh indah
Aku tak endah.
masih mencari diri sendiri 
dalam kelam semalam

Tapi tadi 
aku renung diri
sampai bila harus begini?
tekad diri
perlu ku bina peribadi
latih personaliti
kumpul segala macam
pengalaman dalam perjalanan

sedar ini cuma angan -angan
tukar pudar segala impian

hai, diri ku bisik hati:
"Sampai bila harus begini?"

Sajak Kabur : Terima Kasih teman


Terima kasih kawan
atas segala penghargaan
pengorbanan

Terima kasih kawan
sudi menemani
sunyi diri ini

Terima kasih
kerana sentiasa jadi peneman
kala aku dalam kedukaan
waktu dalam kelam atau suram
setiap masa & keadaan

terima kasih kuucapkan
buat kawan - teman 
peneman dalam perjalanan
mencari kasih tuhan.

10.07.2013

Sajak Kabur : Pergi kerja


Tuhan hari ini
aku mahu bekerja
murahkan rezekiku
mudahkan urusanku

Ku ingin jadi satu
Muslim berjaya

Ku ingin Papa Mamaku
rasa berbangga
punya anak berwawasan
jadi bujang bermasa depan
ku ingin berjasa
pada nusa dan bangsa
Aku ingin berjaya

pergi kerja 
pergi kerja 
pergi kerja
cari lauk

pergi kerja 
pergi kerja 
pergi kerja
cari redha

pergi kerja 
pergi kerja 
pergi kerja
cari Allah

Tuhan duit gaji nanti
ada niat ku janji
Paling utama
belanja Papa & Mama
ada juga bahagian, hak mereka yang memerlukan
juga tak kulupakan, tabungan masa depan
ada duit lebih sikit, raikan kawan kawan
dan paling penting sekali, simpanan untuk naik haji.

pergi kerja 
pergi kerja 
pergi kerja
cari lauk

pergi kerja 
pergi kerja 
pergi kerja
cari redha

pergi kerja 
pergi kerja 
pergi kerja
cari Allah

ingat selalu mama pesan
kerja ini amanah tuhan
buat dengan sungguh -sungguh
jangan banyak mengeluh

jangan engkau curi tulang
tak mau tikam belakang orang
kerja elok -elok
mudah cerah hari esok.

pergi kerja 
pergi kerja 
pergi kerja
cari lauk

pergi kerja 
pergi kerja 
pergi kerja
cari redha

pergi kerja 
pergi kerja 
pergi kerja
cari Allah


10.05.2013

Dialog Kehidupan : Aku Artis?



Pengalaman pertama kali lukis drawing sebesar ini secara life masa event doodle jampionship, KaedFest '13, UIA. sedang sibuk melukis,seorang gadis UIA menyapa;

Gadis: abang student sini ke bang?

aku: (eh? panggil aku abang?) eh, bukan saya orang luar.

Gadis: oh, ye ke..cantik la lukisan..lama dah ke buat drawing camni?

aku : he..Alhamdulillah.. terima kasih..baru2 je. ni pun petama kali buat drawing besar camni.

Gadis:oh.. abang kerja apa?

aku: saya artist. (pfft..)tapi artis lukisan lah..bukan artis nyanyi2 tu.. 

Gadis: Oh.. ok. good luck!

*awkward moment.
...
aku artis???
...

keh3.. XD

Doodle Jampionship : My Doodle

Assalam'alaikum!
Hey! Hey!
I've join Doodle jampionship during KaedFest Event '13, UIA.
together with LAla Crew:  Nema chan & Eyna Puzi; The Flil Monster. 

the other Crew cannot make it due to other bussiness

Alhamdulillah finally completed ..
first-time experience of doodling in this size (quite big for me)
12pm - 9PM

I take this size!
Base colour using spray paint
water colour patch




  
Detailing up: Markerpen

Done!
Title: The Emotion of Colours
Mix media: spray paint, Watercolour & marker on board.

such a very valuable experience

Check out more picture of other artist here & here

Thank you all Kaedians & Management Crew of
awesome & cool experience.
next time I'll join  too InsyaAllah !!
 :D


10.01.2013

Callighraphy Arts : Subahanallah wa bihamdih, Subahanallahil 'azim


Assalam'alaikum!
recently exploring and practicing my skill of Khat Thuluth on canvas
Marker on canvas :

subahanallahil 'Azim


Subahanallah Wa Bihamdih

From Abu Hurairah RA; Messenger of Allah said: "Two Words that are loved by the Most Gracious, very light on the verbal, and very heavy in Mizan : Subahanallah wa bihamdih, subahanallahil'azim"

I'm still beginner.
If you are Professional khatat or Artist 
kindly please drop your comment, 
TQVM 
...
check out more @ Nerdless art
:D

9.29.2013

Sajak Kabur : Nenekku Sayang


Sekujur tubuh tua
dengan senyum tawa mulia
dari bibir yang tak pernah lekang
dari zikir yang sering berulang
penuh kata azimat semangat 
buat pengubat 
cucu bujang nan seorang

Acap terucap kata nasihat
penuh hikmat dan rahmat
pesanan agar haluan kehidupan
tak tersalahkan

Aku sebagai cucu
merindu dendang leter itu
yang datang kian menerpa
bila bayang lupa alpa menyapa

lalu mengubat rindu,
nenek aku pulang
bertemumu yang kusayang
nenek aku datang
hibur aku dengan tawa riang

nenekku sayang
terima kasih, atas segala letih
atas segala kasih
atas segala jerih perih
melayan cucu bertuah
ini, yang penuh kerenah

9.26.2013

ARTIST PORTFOLIO

[ ABOUT NERDLESS ]

Assalam'alaikum!
Hey There!
I Love to explore and try any kind of arts & crafts.

Wanna try & explore all type of visual arts & crafts. Obviously a craft lover!
CRAFT:
EVA Foam Craft
Felt craft
Flannel craft
Glass craft
Tote bags

Custom pillow
Photobooth Props
ARTS:
Drawing
Sketches
Illustration
Painting
Calligraphy

Doodle
Mural Painting
BACKGROUND: 
Landscape Architecture 
Design
Arts

Events:
Pipit Wonderful Market 08, Annexe Gallery, Central Market
Sifoo.com Doodle Day, The Canvas 2013
Doodle Jampionship, KaedFest '13, UIA  2013
Tha' Doodict Colission 2,3,5 2014
Depavali Kalayam Doodle Demo, Whitebox, Publika 2014
Art For Grab Doodle Demo, Art in the Park Taman Tasik Perdana 2014


Exhibitions:
Pameran pensel warna 2013, Galeri Shah Alam
Bridge to Sri Lanka Exhibition 2014, Red Bungalow
Doodle Malaysia Exhibition 2015, Caterpillar Studio


Booth sale :
25th Landscape Architecture Alumni Dinner
Environmental Day 2011, FSPU, UiTM 
Environmental Day 2012, FSPU, UiTM 
Cubica Fiesta, ALAM LIMA 2012 

Karnival Mini Keusahawanan FSPU 2012
Rabu Market, FSPU, UiTM 2012
CNM Merdeka Showcase, Multimedia College

Bamboo Design Day, FRSB, UPM
Doodle For Unity, Muzium Seni Asia, UM
KaedFest '13, UIA
Pasar Boco #9, JKKN, Kuala Lumpur
Artist against Abuse, KDU University College
Karnival Mesra Rakyat: Go Green, Pantai Batu Laut 2013
Lorong Seni Putrajaya; Fabulous Fashionista, Presint 4, Putrajaya
Pasar Boco #10, JKKN, Kuala Lumpur
Rantaiart Festival, Red Bungalow, 2014
Handmade & Craft Carnival, Pekan Meru 2014
Malaysia International Book Fair, PWTC, 2014
Festival Belia Putrajaya, Putrajaya, 2014

Pasar Boco #11, JKKN, Kuala Lumpur

Muzium Telekom Open Day, Muzium Telekom
CNM Mini Showcase, Multimedia College 2014

Pasar Boco #12, JKKN, Kuala Lumpur
Lorong Seni Putrajaya; Raya fest, Presint 4, Putrajaya

Kuala Lumpur Writers and Readers Festival , Dataran Underground, 2014
Eksotikata2, Rumah Pena, Kuala Lumpur
2014
Pekan Kartun, PORT Amanjaya, Ipoh ,Perak 2014 
Pesta Buku Jualan Akhir Tahun MABOPA, Kuala Lumpur Convention Centre, 2014

Competition:
2nd prize Lukisan Spontan Karnival MICCOS, MAEPS Serdang 2013
1st prize Doodle Battle Pasar Boco 11, JKKN 2014
Consolation Prize Tropicana life Online comic competition 2014
Consolation Prize 3D Art Installation LS7, Shah Alam, 2014
1st prize Mini Doodle Collisions, CNM MiniShowcase, Multimedia college 2014

You may reach me:
email :nerdlessart@gmail.com
Phone: 0122736812


Sajak Kabur : Senyum & Ketawa


senyumlah
ketawalah
biar terlepas segala balah
biar terbalas semua yang kalah

senyumlah
ketawalah
agar berubah segala resah
agar lesu yang dulu kebah
agar bangkit semangat yang rebah

senyumlah
ketawalah
Bukti yang kau takkan mengalah.

Senyum & Ketawa,
26 september

Sajak Kabur : Studio Life


Cawan Kosong itu
berlekit lagi.
sisa bekas caffine
malam tadi

Alhamdulillah, rasa sedikit lapang
Submission date bakal menjelang,
diperpanjang

pemandangan kanan 
aku lihat penuh tekanan

terpana, kaki kusam terjulur
bawah meja.
kepala penuh kelemumur,
tangguh mandi hari ketiga

Mata lebam & tudung kusam
gadis manis itu, nampak sadis
berapa hari entah
tiada mandi sudah

Sisi kiri,
tubuh kurus lidi
masih menemani
masih lekat depan PC
usai malam tadi
...
Dan malam yang muram, muncul lagi
dan cawan caffine itu minta diisi
merangsang sang adrenaline
pelincir sendi,
untuk belikat ini berdiri
sehari lagi.

Ah,
entah?
billa akan bersudah.

Apakah
ku masih gagah?
atau harus menyerah kalah?


Studio life
1/5/2013

9.25.2013

Sajak Kabur : Pengecas hati


Kau buat aku tersenyum
kau buat mekar dalam hati menguntum

Kau suluh terang bagi mata tika kabur
kau jadi nafas tika ku lemas dalam lumpur..

kau tukar putih dari hitam
kau tukar jernih dari kelam

Kau buat nadiku kembali berdenyut
kau penyelamat tika diriku hanyut

kau bikin luka lama 
sembuh segera

Kau tuhan segala
Maha Kuasa 
Maha Esa

EnviroSticker : Sustainable series

Sustainable Series
-Naema chan & Mr. Nerdless
Check out more cute sticker @ Nerdless art
:D



EnviroSticker : Hello~

Hello!
Check out more cute sticker @ Nerdless art
:D

EnviroSticker : Save eco wildlife

Save eco wildlife series
                                           Check out more cute sticker @ Nerdless art
:D

9.21.2013

Event : Doodle for Unity, Universiti Malaya

Assalam'alaikum!
Hey!
I joined Lala crew to set up craft booth
Doodle for Unity event @ Muzium Seni Asia,Universiti Malaya

Whats up?
Our LAla Crew Booth!
Lil' customers :D

Check out more picture @ Nerdless art
:D

People I Met : Aku Napie & Tuyuk

Hey!Hey!
Assalam'alaikum..
I met this guys @ Muzium Seni Asia. Universiti Malaya
during Doodle for Unity event
21 September 2013.
Aku Napie & Tuyuk
They are so called among Indie comic artist that I adore.
I get to know them from facebook quite a long time before I met them live!! 
It such an honor to met & get along with old timers.
This inspired me a lot!
:D
Thanks Aku Napie & Tuyuk
for visiting my little booth..
nice to meet you!
Rock!



9.19.2013

EnviroSticker : Go Green series

Go Green Series
Check out more cute sticker @ Nerdless art
:D

Sajak Kabur :Dalam balam kelam malam



Malam indah nian
ditemani rembulan

cahaya gemerlapan
termenung ku bersorangan

bintang bekerdipan
unggas rima sorakan
zikir pada yang esa
puji segala raya

Tiadalah tersiakan
semesta ciptaanNya
membongkar segala rahsia
agungnya Zat pencipta

Indah ciptaan tuhan
jadi contoh pedoman
Mari fikir -fikirkan
hai golongan berpemikiran (Ulul Albab)


Hebatnya Agung Engkau
tiada akal terjangkau
zikir meluntur risau
tenang jiwa yang kacau


aku merintih rindu

puji besarkan Mu
lalu tercipta lagu
lagu memuja Mu


*Rabbana ma khalakta haza batilan subhanaka fakina 'azabannar..
Malam 13/9/2013
Masjid Putra, UPM