5.11.2014

Sajak Kabur : MARAH & SABAR



Maka mara segala bara
Api gila marak menyala
Rasa salah segala Raya
Apabila rasa bertukar rupa
Hanya letus tanpa periksa!

Senyap dan pendam
Angguk dan berdiam
Biar semua diperam
Agar semua terpadam
Rasa itu pasti terbalam

Marah & Sabar.

Sajak Kabur : PENAT



Puas sudah menyua
Entiti sama kesekian masa
Nilai yang datang cuma hampa
Aku sudah, akur menyerah
Tenat dalam keluh lelah
-PENAT-

11 May 2014

5.03.2014

Sajak Kabur : Aku


Aku.

Aku.aku.aku.
Akulah ini..
Akulah itu.
Sendawa berbangga
Ketawa menganga
Kembang mendada

Berkokok & mengepak
Berlagu dalam riyak
Terlupa bawa rentak
Lalu lirik hamba terabak.

Galak menolak
Perasan dirimu merak
Walhal kau cuma gagak.

Kau sepi sendiri
Fana' dalam lagumu
Aku.aku.aku..

Aku.3 Mei 2014; Dalam tren.




"Musuh besar bagi seekor merak adalah bulunya sendiri" -Jalaluddin Rumi
 

4.29.2014

Sajak Kabur : Kemenyan kafein


Kemenyan kafein

Kopi pekat likat
Dengan aroma memikat
Meluap asap
Terbang tanpa sayap menghilang dalam senyap
Melarut bersama memori yang melenyap

Termangu aku kaku
Berteman lagu tepu
Yang liriknya berhantu
Kerana mengenang kamu

Rasa pahit kopi ini
Menyegar bugar memori
Pada kau diri,
Si penyihir hati.

29 April 2014



4.27.2014

Sajak Kabur: Ijtima'




"Berbeza rupa, 
berbeda bangsa, atas satu maksud sama; Mengagung sang esa,
Memakmur agama,
 
Menyubur percaya..
 Maka kau ternama mulia!"

*Ijtima Malaysia 2014,
 Masjid jamek Sri Petaling. 

27 April