12.05.2010

Sajak Kabur: Apa fasal kau hisap rokok?

sajak ni nerdless karang masa zaman muda2 dulu..bukan cari salah orang cuma berfikir dari kaca Pemerhatian..


APA FASAL KAU HISAP ROKOK??
Apa fasal kau hisap rokok?
Orang lain hisap kau pun nak sibuk,
Bukan macho, masa depan hancur jadi serbuk,
Banyak jalan lain kenapa nak ikut yang bengkok?

Sedut asap dalam-dalam macam orang kemaruk,
Tak dapat rokok badan lentok sehari suntuk,
Pening kepala macam orang mabuk,
Sebab kau orang lain kena batuk,
Ikut hati nak je aku lekuk kepala kau dengan senduk.

Hisap rokok bukannya seronok,
Bibir hitam legam bengkak macam kena tumbuk,
Gigi karat macam tak bergosok,
Nafas jadi teruk,
Mulut busuk,wangi lagi bau cencaluk.


Fulus habis macam tu sahaja mana kau nak keruk,mana kau nak seluk,
Duit tu buat pergi haji kan lagi elok,
Bukan ke sifat membazir tu amalan syaitan terkutuk?

Hisap rokok dalam tandas bertemankan mangkuk,
Cikgu disiplin tangkap mana kau nak sorok?
Baru kau gelabah macam orang kena rasuk,
Tengok,siapa Yang teruk?

Buang putung rata-rata buat perangai buruk,
Perangai macam beruk,
Tuhan bagi akal suruh fikir bukan jadi b*#gok!
Bukan nak kutuk,Cuma nak tunjuk,
Perangai-perangai buruk orang hisap rokok.

Kerajaan buat kempen ‘Tak Nak’sikit punya elok,
Tapi kau degil juga terus hisap rokok.

Bila kau teruskan hisap rokok,
Habis badan kau penyakit datang buat lubuk,
Kanser,ulser,sakit jantung juga mati pucuk,
Badan sakit paru-paru hilang bentuk,
Aesophagus jadi lentok,
Hiruk-pikuk dengar kau batuk – batuk.

Sakit sana –sini,jantung rosak teruk,
Saluran darah jadi lekuk,darah tak boleh belok,
Terus kau kena strok.

Sedarlah  rakanku masa kita makin hari makin suntuk,
Aku doakan kalian semua dapat petunjuk,
Berhenti sekarang jangan tunggu sampai esok,
Ingat pesan atuk,
Jangan baru terngadah bila dah terhantuk.

[Sekadar memerhati]
Nerdless ‘07   

jangan marah2..marah tu dari syaithon..syaithon tu dari api..
justeru...padamlah api rokokmu..
:)


2 comments:

Anonymous said...

kagum nn semua sajak enta..berbakat... teruskan menulis..
#pembaca sajak setia..

Unknown said...

Tqvm Cik Anonymous..
:D