9.09.2013

Risau si nenek



Semalam petang
nenek menyapaku
hai, lah kau bujang
apa lagi kau tunggu

belajar tinggi -tinggi
tapi tiap bulan tak bergaji
lulusan dari menara gading,
tapi dengan keluarga masih menyendeng

senyumku dengan gurauan nenekku
lalu dengan alasan palsu, aku mengaku
nenek, saya berniaga, lewat alam maya
tak perlu pejabat, tak perlu menjawat,
mudah kerja dirumah,tidak usah susah

memang nenek, pada zahirnya,
kelihatan seperti penganggur sepenuh masa.

sebenar kenyataannya 
niaga itu kecil -kecil sahaja
impian itu entah ke mana..
tapi nenek,beri aku masa..
bukan aku malas bekerja

cuma..
setakat ini biarlah dulu aku cuba, 
apa perkara yang aku suka.. 


Risau si nenek, isnin, 
9 september 2013

No comments: