Mamai
mamai antara mimpi dan igau
tertunduk dengan cahaya silau
risau dalam jiwa yang kacau
mahu maju masih berkalau
orang sudah terjaga bermimpi
aku masih berdengkur lagi
orang sudah lama berdiri
tapi ku masih tidur lagi
damai dalam mamai
mamai dalam ramai
segala terbengkalai
semua tak tercapai
lepaskan rantai
belenggu malasmu
segera kau gapai
segala citamu..
ayuh kita bangun bersama
capai segala impian cita
bermimpi mesti di dalam jaga
saksi buktikan pada dunia..
gerak bertindak
bukan menidak
terus menapak
menuju puncak!
Mamai,
1 Febuari 2014
*dalam selimut
No comments:
Post a Comment