4.20.2014

Sajak Kabur : Hujung minggu yang tidak produktif



Hujung minggu yang tidak produktif

Hujung minggu yang tidak produktif
kaku layu tanpa gerakan aktif  
tidur, rehat & berdengkur bermalas - malasan
membatal- batal dengan alasan  
kerana selimut & bantal dalam pelukan

hujung minggu yang tidak produktif
terkulai layu tanpa aktiviti  
bersarang & bersawang ditarik graviti  
menyorok sebentar dari realiti  
padahal esok isnin kembali.



*jalanilah kehidupan sihat..
mari keluar dari rumah.. 
berlari ke kenduri, 
makan nasi minyak dan bahan2 bergoreng...  
20 April

No comments: