4.29.2014

Sajak Kabur : Kemenyan kafein


Kemenyan kafein

Kopi pekat likat
Dengan aroma memikat
Meluap asap
Terbang tanpa sayap menghilang dalam senyap
Melarut bersama memori yang melenyap

Termangu aku kaku
Berteman lagu tepu
Yang liriknya berhantu
Kerana mengenang kamu

Rasa pahit kopi ini
Menyegar bugar memori
Pada kau diri,
Si penyihir hati.

29 April 2014



4.27.2014

Sajak Kabur: Ijtima'




"Berbeza rupa, 
berbeda bangsa, atas satu maksud sama; Mengagung sang esa,
Memakmur agama,
 
Menyubur percaya..
 Maka kau ternama mulia!"

*Ijtima Malaysia 2014,
 Masjid jamek Sri Petaling. 

27 April

4.20.2014

Sajak Kabur : Hujung minggu yang tidak produktif



Hujung minggu yang tidak produktif

Hujung minggu yang tidak produktif
kaku layu tanpa gerakan aktif  
tidur, rehat & berdengkur bermalas - malasan
membatal- batal dengan alasan  
kerana selimut & bantal dalam pelukan

hujung minggu yang tidak produktif
terkulai layu tanpa aktiviti  
bersarang & bersawang ditarik graviti  
menyorok sebentar dari realiti  
padahal esok isnin kembali.



*jalanilah kehidupan sihat..
mari keluar dari rumah.. 
berlari ke kenduri, 
makan nasi minyak dan bahan2 bergoreng...  
20 April

Sajak Kabur: Setiap Kali



Setiap kali

Setiap kali
Pabila mata membuntang
Kerana terpampang apa yang terlarang

Lekas ku pantas
Getus melurus
Bait ampunan
Pada tuhan

.... Setiap kali....

*"Allahumma inni 'auzubika minal fitnatin nisa' "

20 April

4.14.2014

Sajak Kabur: Kelam kabut


Kelam kabut

Terufuk suram mentari jingga
Samar dalam udara jelaga
Memberi khabar kelabu
Jadi lirik batuk berlagu

Hikmahnya;
Sigadis ayu berpurdah
Sang perokok berawas semenggah
Jadi- jadi semua bersyukur
Moga - moga semua akur

Telah terkhabar dalam kitab nyata,
Sungguh berlaku rosak didunia
Akibat dari tangan durja manusia.

Kelam kabut tersudut
Muram menutup mulut
Membisik khabaran amaran
Ujian dari tuhan.

Kelam kabut
Di Shah Alam,
14 Mac 2014.

4.05.2014

Sajak Kabur: Si kopi Latte!

Si Kopi Latte!

Sisip aroma ceriamu,
harum semerbak wangi, mendekati
menyeruap, bikin hati detap
Manis senyummu pekat
jadi pujaan, diam -diam memikat
serius; makin bikin nafasku tersekat

sisip halus kopi
ku biarkan jadi
adrenaline mengalir dalam sendi
mengisi separuh lagi ruang hati ini

lalu larut bersama rasa
pahit - yang - teruja

kau kafienku,
ingin diri ini
teruap bersama aroma
kasih mesra kita,
walau aku hanya mocha!

*Acccahhh!!

-Penggemar kopi tegar
5 April 2014



3.06.2014

Sajak Kabur: Palsu

Kuntum senyummu
pada bibir terzahir pilu
dalam jiwa apa rasa
hanya dia tahu rahsia

Reka dalam raga
Resah dipendam masa
Hiris yang terguris
cuba memadam dendam semalam

Bara yang tinggal asap
semakin lenyap
hasrat terbang bersama sayap
bertukar senyap
.....
Terlipat dalam 
pendam sendu
dalam lagumu
palsu.

6 Mac 2014



2.22.2014

Sajak Kabur: Serangka Berbalut Guni


serangka berbalut guni:


serangka berbalut guni
si tua tertongkat reput karat
si khadim duduk menyembah bumi
sang khidmat menunduk taat

sendawa & berbangga
ketawa & berdosa
menguap lantang sedap
terbersin oleh bau bacin

jangan terlampau laju melanggar tartil
hafazanmu terlupa bawa rentak batil
tidak laju sangat lebih selamat
juga tidak lambat,lebih berkat

kias tatkala si Wali menadah tangan,
maka geletar si bongkak merayu
jangan kau biarkan kopiah ditanggalkan
walau sekitar suasana nafsu

orang yang dungu akan ditanya
tapi orang yang tahu akan didakwa
pengalaman itu sebaik pengajaran
tapi pendengaran baik dari percakapan

seraya bersabda sang esa
bukankah aku tuhanmu semua?
frasa dialog ulang waktu atas langit
bisakah waktu dalam bumi dikumit?

serangka bebalut guni;
23 Jun 2013

2.20.2014

Sajak Kabur : Haihh~


"Haihh~" 

deru hembus nafas itu berbunyi
berdegup hembus selari nadi
mendengus dan mengeluh
tambah pusing segala keruh

bercampur segala baur
lemas dalam lumpur
alam indah sudah terkubur
padam mudah segala syukur

sederu deram
meluru geram
membungkam suram
atas apa yang kau takkan faham

Haihh~

Haihh.. 20 feb 2014