Situasi 1: Cik Mek Molek comel:
Tatkala aku sedang sibuk buat kerja sendirian, Seorang gadis comel datang menghampiri...
Cik Mek Molek: Cantiknya drawing~ Pandai awak lukis..( dengan suara cute menusuk kalbu)
Aku : ( Gulp~gementar bila gadis comel memuji ) Hmm.. (Respon pendek)
Cik Mek Molek: (duduk di sisi meja agak rapat & lama sambil memerhati drawing aku dengan tekun)
Aku : (Rasa tidak begitu selesa, pergi meninggalkan Cik Mek Molek berseorangan..)
Cik Mek Molek:Terpinga -pinga ditinggalkan..
...
* Maaf Cik Mek Molek, aku terpaksa tinggalkan kau sorang2..aku ni agak pemalu orangnya..iman aku lemah, lebih2 lagi aku penghidap Caligynephobia.
......................................................................................................................................................
Situasi 2: Cik Mek Molek pakai baju adik
Cik Mek Molek yang agak seksi lalu dihadapan aku, tak semena -mena aku tarik snowcap ke bawah dan tundukkan pandangan..tak lama lepas tu dia datang untuk lihat drawing..dan sedikit dialog berlangsung...
Cik Mek Molek: Cantik drawing awak.. ( sambil menunduk lihat drawing aku )
Aku : (Astagfirullahal'azim..ampun aku ya Allah!!) ha.. (respon sempoi tanpa memandang wajah empunya suara)
Cik Mek Molek: Kenapa pakai snowcap camni? nampak ke?
Aku : menyelak snowcap & tayang earphone..(tanpa bersuara)
Cik Mek Molek: ohh...(mungkin faham aku buat tu untuk cover earphone.)
...& beberapa dialog terhasil selepas itu.oleh kerana aku jawab acuh tak acuh, dia pun bosan dan berlalu pergi..
* Maaf Cik Mek Molek, aku terpaksa tipu kau. Tak kan nak beritahu:" kau tu seksi sangat, jadi untuk aku elak dosa, aku buat camni.." nampak sangat kepoyoan sebegitu..sebenarnya aku rasa berdosa kalau pandang sekitar, iman aku sangat lemah..minta maaf..
......................................................................................................................................................
Situasi 3: Cik Mek Molek tiada teman:
Tatkala aku lewat ke kafe dan tiada teman untuk makan tengahari bersama kerana pergi surau dahulu untuk solat Zohor..
Aku: ( Mengambil makanan dan air, bayar dan terus duduk sendiri di satu meja kosong..)
semena2, seorang Cik Mek Molek kelas aku datang, dia pun tak ada kawan nak makan sama..lalu dia nampak aku & park pinggan betul2 duduk berhadapan dengan aku. & patah balik ke kaunter untuk ambil air minuman..
Aku: (Sudah..asal dia duduk sini? kalau member -member lain nampak ni boleh jadi fitnah!! lagi pula aku tiada pengalaman sebegini!) Angkat pinggan dan berlalu, pindah ke meja lain.
Cik Mek Molek: pulang ke meja semula & terpinga -pinga ditinggalkan berseorangan..
..Lalu Zain yang kebetulan nampak situasi tersebut ketika berlalu di situ datang dan tanya;
Zain :eh, Shazni, kenapa tak teman Cik Mek makan sama? kesian dia makan sorang -sorang..
Aku : Tak apa la Zain, sekarang ni aku perlu masa sendirian. (ayat tak tahan.)
* Maaf Cik Mek Molek, aku terpaksa tinggalkan kau.aku tak pernah ada pengalaman makan berduaan dengan perempuan bukan muhrim,berhadap -hadapan pulak tu..Adoyai!! aku tak boleh bayang!
......................................................................................................................................................
Situasi : Cik Mek Molek meluah rasa
Ketika aku sibuk membuat kerja, Cik Mek Molek datang dan bertegur sapa, lalu aku macam biasa, jawab dengan satu tona, tanya sepatah;kujawab sepatah. Sehinggalah terhasil dialog ini..
Cik Mek Molek: Shazni nak cakap sikit boleh?
Aku: Silalah..
Cik Mek Molek: Maafla la, aku nak tegur sikit..kenapa cara kau layan budak2 pmpuan nampak macam kau sombong sikit.
Aku : Sombong? kenapa pulak?
Cik Mek Molek: maksud aku cara kau..Yalah.. kalau cakap dengan perempuan tak pandang muka, cakap endah tak endah je..gaya macam sombong je..
Aku : bukan sombong la..he3 kadang2 budak pempuan tu tutup aurat x berapa nak sempurna.. tu yang aku pandang pun macam x berapa nak pandang..aku segan sebenarnya..
Cik Mek Molek: ye la.. tapi x semua orang tahu pasal 2..
Aku: ha3..aku dah kene tegur banyak kali dah pasal perkara ni.. tapi orang yang kenal aku tahu aku camne.. kan? alah, aku layan lelaki je..layan perempuan kalau ada keperluan..
Cik Mek Molek: ha..tengok tu..niat pun dah salah..
Aku :Maaflah..aku selesa begini..hubungan dengan lelaki baik2 saja cuma perempuan akan rasa tak selesa & aku rasa itu baik untuk aku..
Cik Mek Molek: ye la.. tapi x semua orang tahu pasal 2..
Aku: ha3..aku dah kene tegur banyak kali dah pasal perkara ni.. tapi orang yang kenal aku tahu aku camne.. kan? alah, aku layan lelaki je..layan perempuan kalau ada keperluan..
Cik Mek Molek: ha..tengok tu..niat pun dah salah..
Aku :Maaflah..aku selesa begini..hubungan dengan lelaki baik2 saja cuma perempuan akan rasa tak selesa & aku rasa itu baik untuk aku..
hmm..camne nak fahamkan ko ye..iman aku lemah la cik....lemah lagi kalau rapat 2 dengan perempuan..baiklah aku wat gap antara aku dengan perempuan supaya aku selamat..kan baik tu..
Cik Mek Molek: urmm.. Betul jugak apa kau kata..banyakkan berdoala ye.
...............................................................
Untuk Cik Mek Molek:
"Kalaulah kau tahu, apa yang aku tahu"
Mungkin ramai yang anggap aku ni sombong atau macam2 lagi tanggapan, tapi bagi mereka yang kenal aku siapa, akan tarik balik kata2 itu..
aku tak dapat berikan jawapan tepat; tapi Allah telah berikan jawapannya dalam Quran:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka,
sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat.”
Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.”
(Surah An-Nur [24]: 30-31)
...............................................................
Cik Mek Molek : Simbol kepada gadis yang selalu bertanya soalan2 cepu mas.
maaf cik mek molek..