7.10.2013

Sajak Kabur : [ Cubaan ke 5 ] Sekali lagi

Rasa berbelah bahagi
itu kembali lagi
sekali lagi
Tapi ini bukan pertama kali
lafaz itu ku sudah lali

'sudah tertulis'
lafaz itu jelas
ku sambut dengan redha ikhlas
tiada bebanan tertuju
kerna ku akur takdirku begitu

sudah terlukis
dalam hati ini kudus,
harus ku padam, tak perlu lagi diperam
kerna ku percaya tuhanku,
segala sesuatu di dalam ilmumu!

ku redha dan pasrah,
lepas dan mengalah
ada yang terbaik di situ;
bagiku 
penuh hikmah

kerana ku percaya
padaMu.andai tiba masa
bagiku
Takkan terlewatkan
takkan terawalkan
masanya.

Oh takdir, takdir
baik dan burukku
bawah tadbiranmu

Sekali lagi kupohon
beriku peluang
Sekali lagi,
sekali lagi,
sekali lagi..
Ya Rabbi~

berdiri...

*Sekali lagi, buat kali kelima.. :)

No comments: