8.18.2013

Sajak Kabur :Sisi As-sisi


sisi gelap malap As-sisi,
buat ummat gamat.

guguran darah merah syuhada rebah
meresap dalam tanah merekah

detik "masa" hampir tiba
apa rasa dalam dada?

mengadu pada tuhan
hanya doa mampu ku kirimkan..

#pray4Egypt

Sajak Kabur: Senyum sepit sepit


Senyum simpul itu
muncul menyusul, 
hapus lupus segala sugul tersimpul
melembut hati masyghul
mengabul tawa kembali muncul

Dari celahan lesung pipit diapit
bibir sopan lembut
melunak rasa gering serabut
mengubah jiwa sering berkerut

senyum sepit -sepit disambut
hilai tawa bersahut.
lalu hati tertaut.

Ikhlas khas
dari hati ini,
melihat senyummu saja,
aku terus gembira..
:D

Senyum Sepit - sepit
* Credit to Izsko Farid

8.16.2013

Sajak Kabur : Aku , Nenek & TV




Aku, Nenek & TV,
entah siapa lihat siapa,
entah apa dilihat siapa.
teman tunggu menunggul
kawan ubah rasa sugul

aku nenek dan TV,
setiap siaran bukan dinikmati
hanya buat pemecah sunyi
sepi rumah tradisi.

aku nenek dan TV,
serta seorang adik tinggi
tinggal sendiri
bertiga diri.
nenek tak lagi sepi
dua peneman setia menemani,
cucunda mithali..
...

Merepek malam2..
layan kan komen fb kawan...

8.13.2013

Dialog Kehidupan : Cerita Kedai Mamak

Kedai mamak sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia. lagi - lagi sebagai kawasan kegemaran untuk tonton perlawanan bolasepak waktu musim bola.Macam -macam spekulasi dan definisi hadir dari premis ajaib ini. walaupun pelbagai tohmahan & cerita muncul, restoran ini tegap berdiri lagi- lagi di kawasan Shah Alam, tempat aku bermastautin ni.(walhal kedai makan lain banyak bungkus, kesan sewa kedai yang makin meningkat ) Bagi kami, pelajar jurusan senibina pula, kedai ni antara kedai pilihan sebab inilah kedai makan yang utama buka 24 jam..biasalah, budak -budak architecture ni buat kerja sampai jauh malam kadangkala pukul 1-3 AM barulah pulang dari studio / fakulti..perut pula minta diisi.sejujurnya aku bukanlah penggemar masakan mamak/ pelanggan setia, cuma kadangkala tiada pilihan.
...
ps: aku cuma boleh hadam air, roti canai, roti nan & maggi goreng sahaja di kedai mamak ni..lain aku tak boleh..
...................................................................................................................................................................


Kisah 1:
Perihal roti nan dan semuuua ada!

Aku : Mamak, order!

Mamak: Ya.. ( sambil goyang2 kepala)

Aku : Apa ada?

Mamak : semuuua ada.

Aku : Roti nan cheese 1!

Mamak : Roti nan habis..

Aku: ???...
...................................................................................................................................................................

Kisah 2:
Perihal kari.

Zain: Bai! kuah ni tukar dal, tak mau kari.

Mamak: ok siap! ( kembali sejurus selepas itu, membawa semangkuk kuah..)

Zain : Bai, ni kuah elok ke tak? kuah bila ni?

Mamak: Elok lah! kuah semalam juga!

Aku : Lah, bagi lah kuah hari ni, tak mau kuah semalam..

Mamak: Kalau mau kuah hari ni datang esok juga lah!

Aku & Zain : ???

...................................................................................................................................................................

Kisah 3:
Tepung naik harga!

Aku : Mamak, kira!

Mamak : Ok! (Sambil goyang2 kepala) RM5.40..

Din: Ai? biasa makan roti kosong 2, air biasa 2, RM 5.00 je..bila naik harga?

Mamak : Itu tepung sudah naik hargalah..satu kilo sudah naik 20sen..roti naik hargalah!

Aku : Hai? sekilo tepung dapat berapa keping roti canai? 

Mamak: Iyalah..naik harga juga..

Aku: ( Manakah rasionalnya!!!)

...................................................................................................................................................................


Kekurangan kedai mamak yang aku rasa harus diperbaiki:
  1. Kebersihan. ( sedia maklum, tak perlu diterangkan lagi..)
  2. Harga ( kadang2  mahal gila!) tapi memandangkan kedai dia je yang bukak 24 jam, aku akur.. ( service charge kot, kerja overtime..)


Kelebihan kedai Mamak dari sudut fasiliti & semangat kerja:
  1. Biasanya kedai mamak buka 24 jam, dan pekerja dia sentiasa ready (jarang aku nampak pekerja restoran mamak duduk )
  2. Semua ada. sangat optimistik dan berfikiran positif (Walaupun hakikatnya makanan tu takada)
  3. biasanya ada kemudahan WiFi; sekecil manapun kedai itu
  4. Semua pekerja pakai kopiah (walhal kadangkala bukan semua islam pun..)


Antara apa yang aku respek kat kedai ini berbanding kedai melayu:
  1. Sentiasa ada ayat -ayat quran tergantung di restoran mereka, walaupun sekadar hiasan, ini lebih baik bagi aku, mereka percaya dengan keberkatan ayat Quran, berbanding sesetengah kedai melayu amalkan amalan syirik&khurafat,letak tangkal dan azimat rajah -rajah, untuk tarik rezeki, pelaris katanya.. :p
  2. Selalunya kedai mamak disertakan dengan surau, memudahkan pekerja & pelanggan untuk tunaikan solat.( soal solat terlaksana / tak aku tak tahu, tapi tempat telah disediakan..)
  3. Di kaunter kedai mamak selalunya ada tabung derma madrasah, tahfiz/ rumah anak -anak yatim.aku rasa sebab ni lah kot kedai mereka murah rezeki.berkat.

tapi aku cukup risau kalau pergi kedai mamak yang tak pamer tanda harga kat menu..
sekali bayar,kopak!


...
Hey! Hey!
:D

8.10.2013

Sajak Kabur : Aku Bukan Lagenda


Aku bukan lagenda
biar angin itu bawa pergi
diri kecil kerdil ini 
tanpa siapa pun sedari
tanpa ada siapa pun yang mengenali
kerna aku mahu lari dari
realiti pahit ini

Aku insan biasa -biasa
tak pernah ku pinta
bangga terkemuka
kerana aku tak mahu rasa
biar saja berlalu masa
ku selesa disitu
biar senyap membisu
tanpa lagu
aku tak ragu

Aku bukan lagenda
datangku tak perlu diundang,
pergi ku tak perlu ditandang
kerna aku hanya dagang 
di simpang hayat tersilang
menumpang
bumi sang Pengeran Maha agung

segala takdir sudah terkarang
nasib baik atau malang
yang dahulu mahupun sekarang

biar nisan ku tanpa tanda
pusaraku tanpa bunga
kerna
Aku bukan lagenda
datang ku tak perlu berkompang
pergi ku tak perlu di kenang
ceritaku tak perlu dicanang

8.09.2013

Dialog Kehidupan : Aku & kartun



Ketika kawan lama, Aidil bersama isteri datang raya tempohari, kenangan lalu lukis melukis komik waktu sekolah rendah bertalu.ketika sesi perpisahan lalu soalan pun ditanyakan..

Aidil: Balikdulu nis!
Aku: Allah, kawan lama aku Aidil.. Selamat hari Raya ya..Maaf Zahir Batin..( sambil berpelukan )
Aidil: Kau tak melukis kartun lagikah?
Aku: Hehehe.. sikit -sikit adalah.sekarang buat design je banyak dil, architecture kan..
Aidil: Oh, bila nak masuk TV?
Aku: Eh, takde lah..jauh lagi gayanya kalau nak masuk TV
Aidil: Kawan aku ada satu, budak Klang, Firdaus nama dia lukis kartun gak.dah masuk TV dah dia..
Aku: Oh,Firdaus? x kenal kot..( sambil senyum -senyum )
Aidil : Lukis la balik nis, boleh dikembangkan tu..
Aku: Insya Allah ada rezeki..
...................................................................................................................................................................

*entah..bila nak mula?

Sajak Kabur: Pendarahan Dalaman

Rasa sakit itu
menghenyak serebrum
minta dinafikan
neuron kata jangan
memori kata ini hanya angan

tapi dalam dada itu
realitinya memoir itu memang perit
Hati kecil menjerit
lidah kelu kejang tak terkata
tapi bibir munafiq senyum tanpa bicara

Bila kanta retina berfungsi membias imej songsang,
hadir cahaya itu
memaku gambaran
 bias wajah yang ingin dilupakan
harus bagaimana kau halang adrenalin
dari merembes elemen sepi?
kencang kejang saraf dalam
bait itu makan dalam

tubuh sunyi sepi tak berlagu
walau dari dalam injap itu berfungsi laju
mendegup, apa dalam kalbu

darah dalaman
siapa tahu?
hanya tuhan
walau luaran bagai taman
hati  insan ini
sebenar minta diteman
mencari iman
dalam ranjau jalanan
menuju tuhan



2 Syawal 1434H,
Layan perasaan lepas solat Asar..

8.06.2013

Sajak Kabur : 'Aid: Hari Megah Indah


Hei, Hari megah indah tiba sudah
Adik Abang, Saudara mara bermesra- ramah
datang bertandang semua, jemput serang ke rumah.

Hei! Hari megah indah 
tiba sudah, telah berakhir lelah
sebulan Ramadhan maghfirah
pohon dari illahi
moga bekalan cukup mencakupi
baki, sebelas bulan lagi

Dini hari pagi penuh puji
Subuh hening dan bening,
bergema seiring
kalam takbir hadir, bikin hati cair
air mata mengalir

Bersama madah, tangan ku tadah (serah)
lepas segala balah, dari celah
jemari. ku pohon dosa diampuni
hujung rambut hingga hujung kaki.

Ampun maaf, harap
atas segala salah silap
khilaf dalam sikap
segala sangka buruk,
dendam, hutang lapuk
minta halal, segala hal
segala angkuh sombong,
tipu bohong
harap kosong -kosong
seiring tangan disorong

Segala lafaz jahat lidah
silap salah, kembali fitrah
...
*Ah, 'Aid; hari megah indah..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, 1434H dari Nerdless sekeluarga! 

:D

8.01.2013

Sajak Kabur : Hari Berkat

Jumaat
hari berkat
sarat rahmat
penuh hikmat

Tanda taat
perlu kau ingat
syukur sentiasa pada Dia si pemberi nikmat
juga banyakkan selawat
atas junjungan Muhammad

sunnah mandi 
bersihkan diri,
tubuh badan dirapi
seiring dosa disuci

Penghulu segala hari
Nur surah Al-Kahfi
jadi pelindung diri
hingga Jumaat yang satu lagi

...


Dari Salman AlFarsi RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Mandi pada hari Jumaat dan bersuci dengan sebaik mungkin, memakai minyak dengan minyaknya sendiri, memakai bauan yang baik dan berjalan ke masjid. Apabila sampai dimasjid janganlah duduk diantara dua orang yang telah sampai terlebih dulu dan bersembahyanglah beberapa rakaat sunat yang boleh sebelum sembahyang jumaat. Apabila imam berkhutbah hendaklah duduk diam dengar dengan tawajuh, maka akan diampuni dosa -dosanya daripada jumaat itu sehingga Jumaat yang akan datang"
(Riwayat Bukhari)