9.14.2014

Dialog Kehidupan: Pertanyaan tentang jodoh

Bila umur kita sudah menjangkau dewasa; - sudah habis belajar/mulai kerja. Kebanyakkan daripada kita akan ditanya soalan-soalan "cepumas" tentang jodoh: lebih -lebih lagi ketika menghadiri acara bermusim: Reunion/Hari raya/Kenduri kahwin..etc.. Soalannya berkisar seperti: "Kau bila lagi?" " Kau lepas ni kan?" "Orang muda2 ni jangan lama-lama.." Biasa kan dengar? mari aku kongsikan jawapan aku kalau berhadapan dengan soalan sebegini.. Aku sediakan beberapa opsyen jawapan untuk balas/ selamatkan diri.Pilihlah kau orang minat nak guna yang mana..
...............................................................................................................................................................


Opsyen 1: Dialog Untuk Makcik2 yang bermulut laser

Makcik:Eh kau bujang bila lagi?umur dah tua,Takkan tak laku kot?Kawan2 ko semua dah jalan.
Aku: Saya tengah tunggu la ni cik.. Tunggu suami Makcik.
Makcik: Ko tunggu siapa?Buat apa tunggu suami aku?
Aku: Tunggu suami makcik kahwin lagi, saya kahwin la!!
Makcik:.... (Pastinya Makcik tersebut tersentap)

..................................................................................................................................................................
Opsyen 2: Jawapan gurau-gurau 

Makcik 2: Ha Bujang....Bila nak rewang rumah engkau pula ni?
Aku: InsyaAllah Makcik, Hujung tahun.
Makcik: Oh, dah ada rupanya ya! orang mana? Bulan berapa?
Aku: Hujung tahun cik..Tapi tahun bila tak tahulah!!
Makcik: ....(Nescaya perbualan terhenti kerana beliau terasa diperkotak-katikkan)
...................................................................................................................................................................
Opsyen 3:Kalau malas nak jawab
Mamat 1: Kau bila pulak nak hantar kad?
Aku: (buat-buat nangis) Tunang aku baru je meninggal bulan lepas...
Mamat1: (pastinya dia panik dan minta maaf!!!)
 ............................................................................................................................................................
 Opsyen 4: Diaolog penuh keinsafan

Mamat 2: He3.. Ko bila pulak nak jalan?
Aku: Aku? Entahlah..entahkan jodoh jalan dulu ke maut yang jalan dahulu..aku pun tak tahu..
Mamat 2:....(Nescaya beliau akan tertunduk insaf!!)
..................................................................................................................................................................

Opsyen 5: Dialog 'Pick up line' Mengayat bakal Bapa Mertua

Pakcik: Ha, anaknya Cikgu Daie, Ko makwenye dah ada belum?
Aku: Makwenya belum ada pakcik, Anak pakcik yang lawa tu.. dah ada orang belum?

...Kalau ada can, Nescaya kau dijemput makan karipap di rumahnya....
..................................................................................................................................................................

Opsyen 6: Dialog 'Pick up Line' Mengayat awek

Awek: Shazni, Shazni Bila pula nak kahwin?
Aku: Awak single lagi tak?
Awek:.... (Nescaya dia akan terdiam kemalu-maluan)

....
Pfft..
Hey! Hey!
:D

9.13.2014

Sajak Kabur: Pelali Kopi


Pelali kopi
Aku sudah separuh sedar
Dimamai mengantuk yang tidak pudar

Kopi ini sudah terlalu lali
Tak bisa memudar ngantukku lagi

Kafien memenuhi Arteri
Sudah tidak ada ruang lagi

Adrenalin sudah tak terangsang
Dikebah letih yang datang menyongsang

Glukosa sudah meresap
Kafiennya sudah menyerap

Otak sudah senyap
Kerana mata ingin lelap

Mata sudah mula berat membatu
Kopi tak membantu

Pelali kopi.
13 september 2014

Sajak Kabur: Lavender

Alahai..
awal kenalan
sudah bersalahan
bukan niat ku meluka
cuma ralat ku meneka
10 jari ku susun
minta diampun

maaf atas segala salah tutur
harap atas segala marah diluntur

moga selesai segala balah
moga usai semua yang salah

"minta maaf cik lavendra"

9.12.2014

Sajak Kabur: Si sunyi

Si sunyi
Dari dulu lagi aku dicubit
Mata sinismu yang menggigit
Bahasa pandangan yang aku faham
Nada perli yang menusuk tajam

Berbahasa anak matamu;
Ada apa kau?
Gaji entah seberapa
Belajar tak tinggi mana

Hey kawan lihat sini.
Aku mahu tunjuk bukti
Hey kawan lihat aku.
Aku sudah jadi sesuatu

Puas?

Lihatlah.
Macam aku peduli.

9.11.2014

Sajak Kabur: Ada apa si bujang?

Ada apa si bujang?
Ada apa jugalah si bujang
kehulu- kehilir, menegak-melintang
menyongak sifir, berkali-bahagi
berjalan-lari lintang pukang
melantun -jerit -lantang

ada apa kau bujang?
mahu apalah kau bujang
melaung-lolong berbilang-bilang
berdebat- debur berwalang-walang
menyanggah-singgah memangkah silang
apakah kau kurang kasih sayang?

sudah-sudah lah bujang
sudah-sudahlah menangguk bintang
sedar diri kau tak bisa terbang
ayuh marilah kita pulang..

9.06.2014

Sajak kabur: Ekspressi si ekspresso

Ekspressi si ekspresso
Terbit asap dari muncung teko
bersama bait haruman ekspresso
terbibit senyap menyinggah
lalu gundah pun meludah

babak suku tiga pagi
berteman teko dan cangkir kopi

masih berjaga bersama kerja
yang siapnya entahkan bila

hitam kopi dan gelap malam ini
sudah sama tiada beza lagi

iris mengecil, minta direhat
otot menggigil, katanya penat

sudah-sudahlah; takkan bersudah
lafaz basmalah; sebelum rebah


*sambung kerja esok~