3.24.2015

Sajak Kabur: Darah manis

Darah manis
Aku sedang menerawang
dihembus asmara menggoncang
Aku sedar sedang gila bayang
dilambung sayang menjiwang
dan rasa jiwa yang menerjang
sedar-sedar sedang separuh terbang
dengan sayap cinta mengerbang
yang tumbuhnya; rasanya
baru semalam petang

sedar dari tidur pagi
mulut dihurung penuh semut
rasa-rasa kerana manis mulut
tiba-tiba kata berbait sebut

*darah manis

24 Mac 2015

Sajak Kabur: Sakitnya tu di sini

Sakitnya tu di sini
Kawan
Aku kirim Maaf ampunan
Sekadar mahu nyatakan
Sakitnya dikecewakan,
Bukan seteru lawanan
Sakitnya mengecewakan
Kerana nyata;
Terasa Dikecewakan itu sedih
Terpaksa mengecewakan itu pedih
Terkecewa itu bisanya makan dalam
Mengecewa itu bayangnya tak berbalam


Lalu kawan sudah bersuluh nyata
Harusnya aku lebih pedih terluka
Terkecewa dan mengecewa
Telah berkali aku alami kedua-dua

Sakitnya tu disini

24 mac 2015

12.03.2014

Sajak Kabur: Mantera Perang


Aku berdiri
kaki memasak bumi
tangan menadah langit
bersama bibir zikir berbibit bait
Hai Tuhan
Aku panjat pohonan
panduan & kekuatan
dari godaan syaithan
dari bayangan kejahatan
dari bendungan kemaksiatan
dari fitnah manusia khianat
dari seranah kata kesumat
dari bahaya hutang
dari bencana malang
dari kejahatan diri
dari kedegilan nafsi
kuda-kudaku minta diperkuat
ruas bukuku sedia bersilat
Aamin..
3 Disember 2014

10.22.2014

Sajak Kabur: Helmet Biru

 
Helmet biru.

Moga-moga tuhan
Kau beri dia pedoman panduan
Hidayat;sepanjang hayat

Moga-moga tuhan
Aku diberi kekuatan
Untuk halalkan

Moga-moga diterima
Jadi sedekah jariah berpahala
Dan diberi gantian di syurga

*kehadapan helmet lamaku,
Jaga diri dengan tuan baru,
Lindungi beliau punya otak
Agar tidak terus rosak.

Sajak Kabur : Luah


Luah

Nah, aku rasa sudah masanya
Aku luah segala rasa;kerana
Jika disimpan aku yang merana
Waima ditelan aku akan tersiksa
Agar biar selesai usai semua
Ingin sekali aku beritahu, sejak dulu
Legar dalam hati terlalu Lama
Onak dalam jiwa sekian masa
Variasi rasa ini dikumpul, disatu
Erat dilontar sekata suara padu

Ya, ingin sekali ku katakan
Olahan kata sudah Lama sekian
Untuk kau, sang ratu rupawan.

23 october 2014

9.14.2014

Dialog Kehidupan: Pertanyaan tentang jodoh

Bila umur kita sudah menjangkau dewasa; - sudah habis belajar/mulai kerja. Kebanyakkan daripada kita akan ditanya soalan-soalan "cepumas" tentang jodoh: lebih -lebih lagi ketika menghadiri acara bermusim: Reunion/Hari raya/Kenduri kahwin..etc.. Soalannya berkisar seperti: "Kau bila lagi?" " Kau lepas ni kan?" "Orang muda2 ni jangan lama-lama.." Biasa kan dengar? mari aku kongsikan jawapan aku kalau berhadapan dengan soalan sebegini.. Aku sediakan beberapa opsyen jawapan untuk balas/ selamatkan diri.Pilihlah kau orang minat nak guna yang mana..
...............................................................................................................................................................


Opsyen 1: Dialog Untuk Makcik2 yang bermulut laser

Makcik:Eh kau bujang bila lagi?umur dah tua,Takkan tak laku kot?Kawan2 ko semua dah jalan.
Aku: Saya tengah tunggu la ni cik.. Tunggu suami Makcik.
Makcik: Ko tunggu siapa?Buat apa tunggu suami aku?
Aku: Tunggu suami makcik kahwin lagi, saya kahwin la!!
Makcik:.... (Pastinya Makcik tersebut tersentap)

..................................................................................................................................................................
Opsyen 2: Jawapan gurau-gurau 

Makcik 2: Ha Bujang....Bila nak rewang rumah engkau pula ni?
Aku: InsyaAllah Makcik, Hujung tahun.
Makcik: Oh, dah ada rupanya ya! orang mana? Bulan berapa?
Aku: Hujung tahun cik..Tapi tahun bila tak tahulah!!
Makcik: ....(Nescaya perbualan terhenti kerana beliau terasa diperkotak-katikkan)
...................................................................................................................................................................
Opsyen 3:Kalau malas nak jawab
Mamat 1: Kau bila pulak nak hantar kad?
Aku: (buat-buat nangis) Tunang aku baru je meninggal bulan lepas...
Mamat1: (pastinya dia panik dan minta maaf!!!)
 ............................................................................................................................................................
 Opsyen 4: Diaolog penuh keinsafan

Mamat 2: He3.. Ko bila pulak nak jalan?
Aku: Aku? Entahlah..entahkan jodoh jalan dulu ke maut yang jalan dahulu..aku pun tak tahu..
Mamat 2:....(Nescaya beliau akan tertunduk insaf!!)
..................................................................................................................................................................

Opsyen 5: Dialog 'Pick up line' Mengayat bakal Bapa Mertua

Pakcik: Ha, anaknya Cikgu Daie, Ko makwenye dah ada belum?
Aku: Makwenya belum ada pakcik, Anak pakcik yang lawa tu.. dah ada orang belum?

...Kalau ada can, Nescaya kau dijemput makan karipap di rumahnya....
..................................................................................................................................................................

Opsyen 6: Dialog 'Pick up Line' Mengayat awek

Awek: Shazni, Shazni Bila pula nak kahwin?
Aku: Awak single lagi tak?
Awek:.... (Nescaya dia akan terdiam kemalu-maluan)

....
Pfft..
Hey! Hey!
:D

9.13.2014

Sajak Kabur: Pelali Kopi


Pelali kopi
Aku sudah separuh sedar
Dimamai mengantuk yang tidak pudar

Kopi ini sudah terlalu lali
Tak bisa memudar ngantukku lagi

Kafien memenuhi Arteri
Sudah tidak ada ruang lagi

Adrenalin sudah tak terangsang
Dikebah letih yang datang menyongsang

Glukosa sudah meresap
Kafiennya sudah menyerap

Otak sudah senyap
Kerana mata ingin lelap

Mata sudah mula berat membatu
Kopi tak membantu

Pelali kopi.
13 september 2014

Sajak Kabur: Lavender

Alahai..
awal kenalan
sudah bersalahan
bukan niat ku meluka
cuma ralat ku meneka
10 jari ku susun
minta diampun

maaf atas segala salah tutur
harap atas segala marah diluntur

moga selesai segala balah
moga usai semua yang salah

"minta maaf cik lavendra"

9.12.2014

Sajak Kabur: Si sunyi

Si sunyi
Dari dulu lagi aku dicubit
Mata sinismu yang menggigit
Bahasa pandangan yang aku faham
Nada perli yang menusuk tajam

Berbahasa anak matamu;
Ada apa kau?
Gaji entah seberapa
Belajar tak tinggi mana

Hey kawan lihat sini.
Aku mahu tunjuk bukti
Hey kawan lihat aku.
Aku sudah jadi sesuatu

Puas?

Lihatlah.
Macam aku peduli.

9.11.2014

Sajak Kabur: Ada apa si bujang?

Ada apa si bujang?
Ada apa jugalah si bujang
kehulu- kehilir, menegak-melintang
menyongak sifir, berkali-bahagi
berjalan-lari lintang pukang
melantun -jerit -lantang

ada apa kau bujang?
mahu apalah kau bujang
melaung-lolong berbilang-bilang
berdebat- debur berwalang-walang
menyanggah-singgah memangkah silang
apakah kau kurang kasih sayang?

sudah-sudah lah bujang
sudah-sudahlah menangguk bintang
sedar diri kau tak bisa terbang
ayuh marilah kita pulang..

9.06.2014

Sajak kabur: Ekspressi si ekspresso

Ekspressi si ekspresso
Terbit asap dari muncung teko
bersama bait haruman ekspresso
terbibit senyap menyinggah
lalu gundah pun meludah

babak suku tiga pagi
berteman teko dan cangkir kopi

masih berjaga bersama kerja
yang siapnya entahkan bila

hitam kopi dan gelap malam ini
sudah sama tiada beza lagi

iris mengecil, minta direhat
otot menggigil, katanya penat

sudah-sudahlah; takkan bersudah
lafaz basmalah; sebelum rebah


*sambung kerja esok~

8.23.2014

Dialog Kehidupan: Panggilan Jodoh

Aku sedang Berada di Pusat Beli belah: Jayaone Petaling Jaya ketika ini; Event Art for grab. Tak semena-mena Telefon Bimbit berbunyi. Skrin tertera: Ummi...Segera aku menyisih ke tepian mengasing diri dari rawak orang kebanyakan.

Aku: Assalam'alaikum.. ummi apa khabar?
Ummi:Alaikumsalam..khabar baik.. Abang Kat mana ni? kerja ke?
Aku: Kat Pj..tak kerja..cuti hari ni, ada tolong-tolong kawan buka booth kat event ni..ambil hadiah menang pertandingan doodle haritu sekali..
Ummi: Oh..ingatkat kerja.Abang balik sibuk ke? balik tak minggu depan?

Aku: Sibuk la jugak..tapi boleh je kalau nak balik.ada apa ya ummi?
Ummi:Abang, kawan abang si Ida nak tunang dah minggu depan..
Aku: Oh? (agak terkejut!) Ya ke? Alhamdulillah..
Ummi: Ko tak sedih ke?
Aku: La..nak sedih apa..dah Jodoh dia..baguslah..
Ummi:Ustazah
(Ibu ida) kata;Ida tunggu kau datang lama sangat..Bagikan kat orang lain..Ustazah suruh ko datang jugak minggu depan..ada majlis kesyukuran sikit..Katanya Anis kena datang.

Aku: (pfftt..) (tak dapat menahan diri.aku 'ter'berlutut kat dalam mall depan ramai2 orang sebab terkejut! Statement ustazah ni!!!!)
ha3!..InsyaAllah ummi..InsyaAllah Anis balik..


(T^T)

...................................................................................................................................................
*Suruh aku datang pulak? nak buat drama kuch2 Hota hey? -Harapan Palsu~

Sajak Kabur: Pura-Pura Sengih!

Pura-pura sengih

Cuba-cuba sengih
Moga-moga terpadam sedih
Agar balam rasa pedih
Biar padam bisa perih

Cubalah cuba kau sengih
nescaya kan hilang pahit gurih
Percaya kan terbang perit jerih
Pastinya datang si jernih
Mestinya bertandang sang putih..

*Silakan sengih!

8.22.2014

Sajak Kabur : Marah Nampak?

Hambur segala sembur
Susur segala tutur
Dendam memuncak
Geram bertapak
Bendera marah terpacak
Tanduk syaitan tertanjak
hai, marah nampak?

*pergilah ambil wudhu..

8.20.2014

Sajak Kabur: Entah?

Entah?

Entah apa baiknya aku
Tuhan beri nikmat seribu
walau diri penuh silah dosa
masih lagi di sambung-kan nyawa

Entah apalah baiknya aku ini
Tuhan masih panjangkan rezeki
walau cuma noda memenuhi hari- hari
dan dosa semalam masih berbaki

Entah apalah bagusnya aku
seiring selalu aku dipandu
dalam susah-payah-gundah
sering kau tukar mudah indah.

Entah apakah susunanMu Rabbi
aku sekali pun tidak pasti
apa yang aku dapat pastikan
aku berpayung rancangMu tuhan

aku tak tahu
apa rancangMu

Entah.

8.12.2014

Sajak Kabur: Gagak & Merak

Gagak yang hitam
Masih menguntum suka
Dengan cebis Daging sisa
Di paruh comotnya.

Dengan tak semena
tiba- tiba sahaja
Lalu menyusul
si merak melintas unggul

Terngaga dia
Dengan anggun pesona
mara merak dengan lagaknya
bagai harap sembah puja

Kagum dengan rupa
merak yang galak
terlepas cebis daging sisa
dari paruh comotnya

Tergalak gelak si merak,
Mentertawa si gagak.

Hingga terlupa
Asalnya dia juga
Unggas rimba!

membisik gagak:
ah.aku sekurang unggas kota!

8.02.2014

Sajak Kabur: Looser

Aku bukanlah bijak,
Pelajaranku gitu2 aja..

Aku tidaklah begitu kacak
Tapi syukur wajahku sempurna

Tubuh juga tak ketak
Alhamdulillah sihat2 sahaja

Tidaklah terlalu baik akhlak
Cuma nakal itu ada;berpada

Bukanlah harta berlambak
Sekadar makan pakai selesa

Bukan pun Alim beragama
Tahu hukum asas fardu cuma

Tidak berbakat hebat mana
Suara pun tidak kemana
Bersukan pun iya-ya saja
Melukis pun suka- suka aja

Sedar diri; tak layak untuk yang lawa2..
Mengharap si dia yang sedang2 saja

Aku sedar aku ini Siapa
Aku ini bagaimana cuma

Cuma tidak ralat rasanya
Seorang looser juga
Punya hak untuk bahagia

7.08.2014

Sajak Kabur: Pedih ulu hati

Pedih ulu hati;

Rasa pedih2 bila terlihat
Bertambahlah perih bila terpikat
Terlara sedih bila tak dapat

Hai fitrah manusiawi
Mahu lagu berteman
Tapi bersegan

Natijah dari
Rasa kerdil diri
Konon sedar diri
Tak layak memiliki

Mujahadah nafsi
Yang perlu dilalui
Bujang sendiri

Sunyi.
Sepi.

*Meroyan.

6.17.2014

Sajak Kabur: simbiosis kapitalis

Simbiosis kapitalis

Aku hanya
satu organisma
pelengkap hidup
kitaran ekosistem
di kota urban
yang simbiosisnya
virus kapitalis.
...

6.08.2014

Sajak Kabur: Andai Diizin




Getar dan debar

Bercampur baur
Terang dan pudar

Bersalut lumpur


Atas bisa yang biasa
Bila kau tiada.

Perhatian & prihatin

Yang menjadi makin

Aku terlalu yakin

Andai diizin.


8 jun 2014

6.03.2014

Sajak Kabur: "Ting -Tung"

'Ting -Tung'

Lalu kopi itu
berlagu
bersama kacau sudu
ting tung ting tung~

Aroma termeluap
bersama wap
menggilap
memori malap
yang pernah hinggap

sisip bersama rasa yang menyusup
berbunyi:
ting tung ting tung~

5.26.2014

Sajak Kabur : Pilihan Kehidupan



Pilihan kehidupan

Dalam kehidupan yang pedih,
Kadang perlu saja kau pilih
Antara hitam atau putih

Antara kelam dengan jernih.

Boleh sahaja; ini mudah.

Tapi bila lebih dari satu
Kau kan mudah keliru.
Bila pilihan berbaur kelabu

Mohon jalan dari tuhanmu.


Boleh sahaja; ini payah.

2652014- 26 rejab

5.19.2014

Sajak Kabur :Bertahanlah kerana kau bertuhan

Bertahanlah Kerana kau bertuhan

Dalam hati ada taman bunga
Dalam hati ada iman tak sempurna
Kerana diri mengaku bertuhan
Tetapi masih mengagaung ciptaan

Bila rasa cinta mendua
Bukti kita masih tak setia
jika masih ada syirik dalam hati
Maka bukti ia hampir mati

Maka tuan jangan kau dahulukan
Cinta perempuan dari cinta tuhan
Kerna cinta perempuan itu tak abadi
Sedang cinta tuhan itu hakiki

Tapi dirimu sebagai makhluk
Tak terlepas dari sifat takluk
Maka mohon ampunan dan kekuatan
Bertahanlah kerana kita bertuhan

*yes, indeed..easy said then done bro!

5.13.2014

Sajak Kabur : Si Bisu



Si Bisu

sunyi senyap
tanpa bunyi, 
tanpa derap

lenyap tanpa ucap  
lesap tanpa cakap

melungu bisu
 talu tanpa lagu  
gema tanpa suara.

 . ..krikk..krikk..krikk..


13 May