Angan -angan setinggi gunung,
mengejar cita tak seberapa
bangga jiwa bila diagung
lepas di dunia mahu ke mana?
Bangkit dari igauan ngeri
lupakah engkau asal negeri
bukanlah salah mencari rezeki
hanya tersalah bila kau yakini
selain dia pemberi rezeki
kumpul juta -juta
zakat kau lupa -lupa
kikir bila guna,
mati kau bawa apa?
keliru
dalam diri sendiri
sendiri dalam kubur jua nanti
...
Nanti!
No comments:
Post a Comment