Kau mengagung
bangga jiwa dikata
Hidung tinggi gunung
besar rasa dabik dada
Kata orang semua khilaf
rasa kau tepat sahaja
Tanda hati sudah malap
Rasa gah dalam dada
"Aku beda dari kamu"
Aku lebih agung
kata kau cuma sampah
Aku yang betul,
engkau selalu salah
Ini lagak jiwa
tak sedar ia sama
Buang jauh sekelumit rasa
fitrah langsung manusia
Kita sama sahaja
adapun hanya cuma
makhluk ciptaanNya
tiada hanya apa-apa
Rasa sakit tanpa ubat
Dada bangkit tak boleh dirawat
perlu tahu sedar diri
kembali fitrah manusiawi.
...
No comments:
Post a Comment