5.23.2012

Sajak Kabur: Duniaku



Pergi pagi balik petang
kadang kala sampai malam
cari rezeki tak pulang- pulang
malam -malam mata bersengkang
...
kau kejar dunia
bagai mahu hidup lama
kau kejar dunia
seolah dunia kau yang punya
...
Kumpul harta mahu berbukit
sampai badan sakit -sakit
beri sedikit kau ungkit -ungkit
hanya seringgit singgah di tabung masjid

Kalau sibuk kau tinggal sembahyang
Tak sedar duniamu hanya bayang -bayang
duit menggunung kau sayang -sayang
solehmu hanya lakonan wayang
...
Fasik bila berkata
noda guna lidah
berlagak mulia
beragam tak sudah
...
*Duniaku di dalam firma Arkitek..
[ bilakah berakhir?]

No comments: